PENGHALANG REZEKI SUSAH MASUK
Rezeki merupakan satu di antara sekian banyak misteri kehidupan. Namun, Allah Ta’ala Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang membuat aturan yang sangat manusiawi tentang konsep rezeki bagi seluruh hamba-hamba-Nya.
Allah Ta’ala melalui Al-Qur’an Al-Karim, hadits Qudsi, atau sabda Nabi-Nya yang mulia telah memberikan berbagai kaidah pasti tentang sebab-sebab tercurahnya rezeki bagi seorang hamba.
Selain memberitahukan sebab-sebab tercurahnya rezeki, Allah Ta’ala juga memberitahukan hal-hal yang menjadi penghalang tersampainya rezeki bagi seorang hamba. Di antara penghalang-penghalang rezeki tersebut, ada dua penghalang utama rezeki yang amat banyak diabaikan.
Tidur di Pagi Hari
Banyak kaum Muslimin yang masih menyukai tidur di pagi hari. Sebagian di antara mereka sengaja tidur setelah shalat Subuh, sebagian lainnya bersikap acuh, tidak shalat Subuh dan tidak bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.
Padahal, Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, “Tidur di pagi hari menghalagi datangnya rezeki.”
Hadits ini dikutip oleh Imam Ibnul Jauzi dalam kitab Shaidul Khatir.
Jika masih tidur pagi dan berharap rezeki mengalir, ia tak ubahnya punguk yang merindukan rembulan.
Dosa
Salah satu ketentuan Allah Ta’ala yang diberikan kepada orang-orang beriman ialah terhalangnya rezeki karena seorang hamba melakukan dosa. Dosa menghalangi seorang hamba dari berbagai jenis rezeki, bukan hanya rezeki dalam bentuk materi berupa uang, benda, dan lain sebagainya.
Dosa juga bisa menghalangi seorang hamba dari mendapatkan rezeki ketaatan. Dan ketaatan inilah sebaik-baiknya rezeki yang banyak diabaikan oleh sebagian kaum Muslimin.
“Seorang hamba tidak bisa memperoleh rezeki karena dosa yang dikerjakannya,”
Hadits yang dikutip oleh Imam Ibnul Jauzi dalam kitab Shaidul Khatir ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Hibban, Imam Al-Hakim, dan Imam Al-Baghawi Radhiyallahu ‘anhum ‘ajma’in.
***
Alangkah bahagianya menjadi seorang Muslim dan Mukmin. Hidup sudah diatur dengan sangat baik oleh Allah Ta’ala. Dia sudah memberikan berbagai macam kaidah dan aturan yang jika dituruti hanya akan menghasilkan kebaikan.
Sebaliknya, semua jenis ketidaktaatan atau pembangkangan hanya akan menimbulkan keburukan, baik di dunia maupun akhirat. [Pirman/Kisahikmah]
Antara lain sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.
Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. {Istighfar}
Amalan Mudah Menjemput Rezeki :
1. Menjaga dan Mengutamakan Solat
- Sesetengah ulama berpendapat sesiapa yang menjaga solatnya Allah akan mengurniakan lima keistimewaan iaitu : – Akan dijauhkan kesempitan hidup di dunia – Dihindari daripada azab kubur – Mendapat buku catatan amalan melalui tangan kanan – Melintas titian sirat sepantas kilat – Akan memasuki syurga tanpa hisab
- Allah juga turut berjanji memberi balasan yang baik kepada orang yang bersolat dalam surah Thaha 20:132 Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu. Sesungguhnya kami yang memberi rezeki kepada kamu. Balasan yang baik kepada orang-orang yang bertaqwa.
- Selain mendapat ganjaran pahala dan rezeki dengan menjaga hubungan Allah dengan menjaga solat, ia juga dapat menjadikan fikiran kita bertambah cergas.
2. Melakukan Solat Tahajud
- Solat tahajud merupakan “master key”kepada cara menjemput rezeki yang mampu membuka segala pintu punca rezeki kita. Ia termasuk segala rezeki seperti kesihatan yang baik, kegembiraan, rezeki harta, pangkat dan apa sahaja rezeki boleh dibuka dengan amalan ini.
- Dalam sahih muslim riwayat daripada Abu Hurairah r.a, bahawa rasulullah s.a.w bersabda : Allah turunkan ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka dia berkata, ”Aku adalah Sang Raja, aku adalah Sang Raja, sesiapa yang memohon kepada-ku maka akan Aku memberinya, sesiapa yang memohon ampun kepadaKu maka Aku akan mengampuninya. Dia tetap seperti itu hingga cahaya fajar muncul”.
- Sungguh ajaib dan besarnya kuasa Allah kan? Itulah janji Allah kepada mereka yang akrab dengan Allah, melalui solat tahajud kita boleh merintih, menangis, meminta dan mengharapkan apa sahaja yang dihajati atau rezeki yang diingini.
3. Solat Dhuha
- Allah telah memberi kita strategi bagaimana menjemput rezeki dalam sebuah hadis Qudsi : Berkata Úqbah bin Amir Al-Juhaini r.a, bahawasannya Nabi s.a.w telah bersabda bermaksud : “Wahai Anak Adam! Tunaikan 4 rakaat (sunat) pada awal siang, nescaya dengannya aku mencukupimu pada sepanjang hari”.- Riwayat Ahmad dan Abu Ya’la.
- Solat sunat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah solat dhuha. Oleh itu jelaslah menunjukkan solat sunat dhuha salah satu usaha berkesan yang mudah dalam menjemput rezeki.
4. Membasahi Lidah Dengan Zikir
- Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat: Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan kamu yang paling baik dan paling suci di sisi Allah dan meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (dijalan Allah) dan lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, kamu penggal leher mereka dan atau mereka memenggal leher kamu?”Para sahabat berkata : “Bahkan, apakah itu ya Rasulullah?” Baginda bersabda : “zikrullah”. (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan lain-lain).
- Seorang ulama hadis yang masyhur, Ibnu Qaiyum mengarang sebuah kitab khusus tentang kelebihan berzikir yang berjudul al-waabilussoyyib yang menunjukkan kelebihan berzikir :
- – Zikir menjauhkan kita daripada syaitan dan melemahkannya
- – Zikir menyebabkan Allah redha
- – Zikir menjauhkan perasaan dukacita dan kebimbangan hati
- – Zikir menguatkan hati dan badan
- – Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
- -Zikir menarik rezeki
- Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah dan juga adalah amat yang dicintai Allah
- Orang yang berzikir merasakan kemanisan dan terasa tenang dengan menyebut nama Allah.
- Nampak Allah telah menyediakan amalan paling mudah dengan ganjaran yang luar biasa hebat tetapi adakah kita mampu?
- Hebatnya amalan zikir yang mana sangat ringan naun ramai yang terlepas pandang (diri sendiri pun terkena)




Comments
Post a Comment